"Biar betul apa yang aku nampak ni? Takkan Qistina kot? Ishk, kalau betullah tak boleh jadi ni!" api kemarahan Marini meluap2 apabila melihat adegan yang tidak sepatutnya dilihat olehnya hari ini. "Kenapa Farizal layan dia dengan baik? Kenapa dia tak layan aku? Kenapa mesti Qistina? Apa patut aku buat ni? Hmm.." bebel Marini. "Hah! Tah tah dorang ada skandal kot?" kata Farra. "Kau kan, jangan nak kasi aku hangin boleh tak? Eii, takkanlah. Tolonglah, kalau aku tak boleh dapat Farizal, sesiapa pun tak boleh dapat tahu!" ujar Marini dengan penuh dendam. "Eh eh, sir sudah datanglah. Jom masuk kelas." arah Batrisya kepada rakan2nya. Semua pelajar melangkah memasuki pusat tuisyen Kaya bagi memulakan proses pembelajaran.
"Hai Qiss!" sapa Farizal. "Eh, err assalamualaikum tok ketua" perli Qistina. "Ohh, perli eh? Waalaikumussalam.. nenek Qistina! Hehehe." balas Farizal pula. "Hmm. Kenapa datang sini tok ketua? Nak tengok saya bertugas ke tak eh? Tok ketua, tok ketua, nampaknya tok ketua ni tak kenal saya lagilah yee? Hmm.. Biar saya pekenalkan diri. Saya, Nurul Qistina pengawas sekolah yang paling berdedikasi kat sekolah ni tahu? Satu sekolah kenal saya tau tok ketua. Haa, famous gitu. Nampaknya, tok ni tak up-to-date lah. Saya mana pernah ponteng waktu bertugas. Berdosa tau." kata Qistina. "Eii, perasannya nenek ni! Saya ni lagi famouslah nenek. Saya saja je lalu kat blok ni. Tetiba nampak pulak nenek ni haa. Hehe. Nenek jaga sorang2 je ke? Mana pengawas yang lain?" kata Farizal. "Tak adalah, saya tengah jaga dengan 10 orang pengawas, tak nampak ke? Hei, apa punya soalan daa. Saya sorang je yang jaga kat tingkat ni. Yang lain jaga kat bawah. Tu hah mereka!" ujar Qistina sambil menunding jari ke bawah. "Hei, nenek ni banyak cakap eh? Cubit mulut tu karang baru tahu!" gertak Farizal. "Eii, takutnya! Bueekk!" balas Qistina sambil menjelir lidah. Farizal ketawa melihat gelagat Qistina yang keanak-anakkan itu. Qistina yang berasa malu segera menjauhi Farizal. "Eh, lari pula dia!" ujar Farizal apabila melihat Qistina berjalan laju menjauhinya. Tiba-tiba.. "Qistina!!!" jerit Farizal. "Hei, apa jerit2 ni? Orang tak pekaklah! Apa dia?" balas Qistina. "Tu.. Dekat kaki awak ada.. ada.. koo.. koo.. Kodok!" beritahu Farizal. "Hah?! Kodok? Makkkkk tolong!!!" jerit Qistina sambil berlari dan melompat-lompat seperti acara lari dalam guni dah gayanya. "Mana! Mana kodok tu? Eeee, gelinya!" kata Qistina yang masih terlompat2. "Hahahahahaha! Kena tipu! Kena tipu! Hahahah! Lawak.. Lawak!" berdekah2 ketawa Farizal. Dah macam pontianak gelak pun ada. "Huh?" Qistina yang sudah seperti separuh orang gila gayanya tidak percaya dirinya telah ditipu. "Farizallll! Awak, awak.." kata Qistina tersekat-sekat. Sedunya rasa apabila ditipu. Terus terdiam Farizal apabila melihat perubahan air muka Qistina yang mendung. Segera dia menghampirinya. "Qiss, saya.." dan apabila hanya lagi dua tapak untuk menghampiri Qistina, "Farizalll! Awak dah lama hidup ke? Dah nak mati?!" marah Qistina sambil mengorak langkah menangkap Farizal bagi membalas dendamnya. Kringgggggg! Dan ketika itulah juga loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. "Arghhh! Lariii. Nenek singa dah mengamuk!" pantas Farizal melarikan diri. "Siaplah kau Farizal! Kurang asam betullah mamat ni." jerit Qistina. "Dah siap dah! Kejarlah sampai dapat kalau boleh. Hahaha" gelak Farizal sambil berlari laju ke arah hiruk pikuk pelajar yang memasuki blok.
"Hahahahahaha!" ketawa Farizal meletus lagi setibanya dia di dalam kelas. "hahahahaha!" masih tidak mahu berhenti lagi. Rakan2nya kehairanan memandangnya. Adakah dia ini sudah tidak siuman lagi? Oh, tidak! Romeo sekolah sudah gila? Wahh, boleh jadi cerita hot ni. "Hoi, agak2lah nak gelak pun. Bukannya nak ajak aku sekali." tegur Hanif. "Hahahaha!" Farizal masih lagi ketawa. "Ishk, kau ni apa hal hah? Dah kena sawan gelak ke?" soal Hanif lagi. "Adalah. Kau tak perlu tahu apa yang jadi tadi. Hahaha." kata Farizal sambil mengelap air matanya. "Sumpah kelakar muka Qiss time tu! Haish, tak sangka dia ada muka macam tu. Hehehe" Farizal bermonolong. "Ohh, berahsia. Qistinalah tuh!" kata Hanif. "Eh, bukanlah." bidas Farizal. Senyuman sentiasa mekar dibibirnya."Erghhh! Matilah mamat tu aku kerjakan nanti. Farizal, baik kau bertaubat sekarang sebelum aku cabut nyawa kau!" marah Qistina di dalam hati sambil berlalu ke kelasnya.
No comments:
Post a Comment