Saturday, 25 February 2012

cerita budak sekolah (part 1)


"Perhatian! Cikgu Nik suruh kita semua pergi ke bilik muzik sekarang dan jangan lupa bawa sekali buku muzik serta rekorder." arah penolong ketua kelas 5A, Nur Sofia yang sememangnya seorang yang gila kuasa di kelasnya. Nur Sofia popular di kalangan rakan sedarjahnya disebabkan dia lahir daripada keluarga yang kaya raya. Namun, dia seorang gadis yang baik hati dan bijak. "Girls and boys, beratur dulu ok!" arahnya lagi. "Poyo betulah minah ni. Sekali aku lesing, menangis." kata Hanif, budak lelaki yang sememangnya meluat dengan perangai Nur Sofia yang suka mengarah-arah. "Hei, menjawab eh, menjawab! Aku report kat cikgu karang baru tahu." marah Nur Sofia. "Piiiraahhh!" balas Hanif.


"Anak-anak, hari ini saya mahu kamu belajar bermain alat-alat muzik selain daripada rekorder. Kamu boleh bermain apa sahaja alat muzik yang ada di sini tetapi sila letakkan semula ke tempat asal setelah selesai bermain ya. Sambil itu, kamu boleh lihat abang-abang kamu ini berlatih nasyid." ujar Cikgu Nik Hanis, guru muzik SK MURNI. "Wah, hebat sungguh abang Zariq main gendangkan Qiss." kata Syaza. Nurul Syaza dan Qistina adalah kawan baik sejak mereka dari darjah satu lagi. Mereka sentiasa berada di kelas yang sama. Malah perangai mereka yang gila gila dan sekepala pun hampir sama. "Eleh, aku main lagi hebat! Kau tak tengok lagi." kata Qistina. "Menggelabahlah kau." balas Syaza. Mereka ralit melihat kumpulan nasyid Amirul Mukminin yang merupakan kumpulan nasyid sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat kebangsaan. Kumpulan nasyid Amirul Mukminin diketuai oleh Fariz Syafwan dan dianggotai oleh Zariq Aiman, Haizul Fikri, Muhammad Farizal, Irfan Hairi dan Nazrikhan. Mereka semua adalah senior di sekolah dan sangat popular. Nama kumpulan mereka juga semakin dikenali oleh masyarakat sejak kelahiran album sulung mereka mendapat sambutan ramai.


Tanpa disedari, Qistina terpaku melihat Farizal berlatih bermain gendang. Dan kemudian setelah 30 minit berlalu, mata mereka bertemu buat pertama kalinya. Farizal terpana. Begitu juga dengan Qistina. Lama mereka saling berpandangan. Kalau nak dikira-kira adalah dalam 5 minit. "Hoi! Kau berangan eh? Ingat kat Ayob ke?" teguran Syaza menyebabkan Qistina berpaling ke arah lain. Namun, Farizal tidak berpaling dari melihat Qistina. "Mana ada! Kau ni." balas Qistina. Ayob adalah penjaga sekolah agama mereka yang mempunyai masalah down sidrom tetapi seorang yang boleh diharap. "Alahai. . Kacau betullah minah ni. Wah, handsomenya abang Farizal! Dia pandang akulah! Wah, hebat kau Qiss! Hahaha. Cairlah pula aku. Hihi." ujar Qistina di dalam hati. "Siapa perempuan comel tu? Rasa macam pernah kenal je. Hmm. Boleh tahan. Kihkihkih." bisik Farizal sambil tersenyum ke arah Qistina.


"Wei minah, makanlah slow-slow. Teruklah kau. Malu pula aku tengok kau makan macam ni." tegur Syaza kepada Qistina yang sememangnya mempunyai hobi makan. Qistina bertuah kerana dikurniakan tubuh yang sihat dan tidak gemuk walaupun kuat makan. "Alah, bising betullah kau ni. Buat terbantut selera aku aje." kata Qistina. "Eh, tadikan kau perasan tak?" soal Syaza. "Tak!" jawab Qistina. "Hei budak ni. Tadi aku tengok bukan main lama si Farizal tu pandang kau. Dah macam nak telan kau pun ada. Hai, korang ni ada apa-apa kah?" hampir tersembur nasi yang ada di dalam mulut Qistina setelah mendengar kata-kata bernas sahabatnya itu. "Hah?! Kau nampak?" kata-kata yang terucap di bibir Qistina antara dengar atau tak. "Assalamualaikum. Hei korang ni, makan tak ajak aku." sapaan Aqil mengejutkan mereka. "Hai Qiss, kau dah melahap dulu ke? Sampainya hatimu! Tak tunggu aku pun." sampuk Irfah sambil meletakkan makanannya di atas meja kantin. "Alah, macam korang tak kenal dengan minah ni. Jumpa makanan macam tak makan setahun." kata Syaza. "A'ahlah. Apalah Qiss ni." kata Farah pula. Mereka adalah rakan sekelas Qistina dan Syaza. Kira ni group doranglah juga. Aqil memang selalu lepak dengan mereka. Mungkin disebabkan perangai Aqil yang lembut membuatkan dia lebih selesa bersama group ini. "Wei wei, tadi korang nampak tak abang-abang Amirul Mukminin? Wah, kenapalah mereka tu handsome sangat eh? Tapi dalam ramai-ramai tu aku paling suka abang Farizal. Walaweh! Comellah muka dia. Macam muka artis korea!" beritahu Farah yang merupakan salah seorang peminat tegar Muhammad Farizal. "Eii, tak malu! Farizal tu aku punya eh. Kau pilih yang lain okey!" balas Irfah pula. "Dah dah dah!  jangan nak menggatal kat sini eh. Karang asyik bergaduh berebut laki tak pasal-pasal lewat pergi bertugas." marah Aqil terhadap perangai rakan-rakannya. "Eleh, Aqil jelouslah tu sebab tak hot macam abang Farizal." kata Farah kepada Aqil. "Jelous? Tolonglah! Tak ada maknanya. Wekkk!" balas Aqil sambil menjelir lidah kepada Farah. "Alah, kita orang gurau jelah. Takkanlah pasal hal kecik tu perlu sampai gaduh-gaduh? Chilllah! Kitakan bff!" kata Irfah kepada sahabat-sahabatnya. "Hah, betul betul betul!" jawab mereka serentak ala-ala upin dan ipin. "Oklah beb. Cau cincau dulu. Aku dengan Syaza pergi dulu. Karang lambat tak pasal-pasal nama aku ada dalam buku laporan." kata Qistina kepada sahabat-sahabatnya. "Ok, bye Syaza. Bye Qistina. Semoga kita berjumpa lagi!" kata Farah. "Hoi, kita orang nak pergi mana je pun! Kau ni. Cepatlah makan. Karang tak ada orang jaga PSS tu." ujar Syaza. "Hehehe. Yelah yelah." jawab Farah. Mereka sekumpulan masing-masing mempunyai jawatan di sekolah. Syaza, Aqil dan Qistina merupakan pengawas sekolah manakala Irfah dan Farah adalah pengawas pusat sumber. Walaupun demikian, perangai mereka teramatlah nakal di sekolah. Pernah suatu ketika mereka dipanggil oleh guru besar, Pn. Sabariah ke pejabatnya.


Suatu petang...


"Yeay, hujan! Tak ada koko! Yahooo!" bergema sorakkan gembira pelajar kelas 5A. "Wei, petang ni lawan bola nak?" tanya Muhaimin kepada rakan-rakannya. "Hai, cepatnya mata dan telinga kau ni rosakkan? Kau tak nampak ke tu hujan punyalah lebat macam tak ada tanda-tanda nak berhenti. Punyalah kuat bunyi hujan ni kau tak dengar ke Amin woi?" balas Asyraff. "Aku taulah. Tetapi.. Nak tak kita main dalam hujan? Woo.. Best tuh! Jomlah!" cadang Muhaimin. "Kau ni tak takut kene pancung ke? Karang satgi cikgu nampak tak ke nanya?" beritahu Fahrin. "Alah, petang ni kan tak ada koko, mestilah cikgu-cikgu ramai yang dah balik." kata Muhaimin lagi. "Hmm.. Tengoklah macam mana." ujar Asyraff.


"Qiss! Kau nampak tak apa yang aku nampak? Ke aku sorang je yang nampak ni?" kata Irfah kepada Qistina. "Ya, aku pun nampak." balas Qistina yang masih terkejut. "Wahhhh.. Bestnya!!!" teruja Syaza. "Apa lagi? Jomlah join dorang!!!" jerit Qistina sambil berlari meredah hujan yang masih belum reda sejak tengah hari tadi. "Woahhh!! Bestnya main hujan." jerit Farah sekuat hati. Mereka berlari ke arah Muhaimin and the gang yang sedang leka bermain bola dan turut menyertai mereka. Kini Muhaimin and the gang tidak lagi bermain bola sepak tetapi bertukar kepada bermain bola beracun atas cadangan Syaza. Sekumpulan sahabat itu kelihatan begitu gembira sekali tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bagaikan padang sekolah SK MURNI itu adalah milik mutlak mereka. Tanpa mereka sedari, sepasang mata asyik melihat gelagat mereka di atas padang. Dan keesokkan harinya, kesemua tertuduh yang disyaki bergembira pada waktu kejadian, dipanggil ke pejabat Pn. Sabariah dan dijatuhkan hukuman membersihkan ke semua tandas yang ada di sekolah itu walaupun ada gelintir mereka mengalami selsema teruk. Namun, peristiwa itu tidak mematahkan semangat untuk kekal dengan sifat  kenakalan yang sememangnya sebati dengan diri mereka.

No comments:

Post a Comment