Saturday, 25 February 2012

cerita budak sekolah (part 2)


"Nif, kau kenal tak budak perempuan tu?" soal Farizal sambil menunding jari ke arah seorang gadis yang sibuk bertugas di kelas jagaannya. "Yang mana satu?" soal Hanif. "Tu.. Yang tengah bertugas  kat kelas 1B tu." beritahu Farizal. "Ohhh dia tu. Itu Qistina kawan Syaza, mata air akulah. Hehehe. Kenapa? Dah tersangkut ke? Hai.. Nampaknya menangis air mata darahlah peminat-peminat kau. Hahaha." Kata Hanif kepada Farizal. "Hahaha. Baguslah. Biar dorang da tak minat kat aku lagi. Hei, rimaslah aku. Eh, dia kelas apa ek?" tanya Farizal lagi. "Sama dengan Syaza." beritahu Hanif lagi. "Eh, kau ni. Nak meronda ke nak skodeng? Karang lambat pula nak hantar laporan pengawas kat cikgu Rosma. Taulah dia tu ketua pengawas, jangan nak curi tulang eh!" kata Hanif. "Yelah aku tahu. Kita pergi ronda kat darjah satu dululah eh." arah Farizal. "Eleh, cakaplah nak pergi tengok si Qistina tu." usik Hanif. "Alah.. Mana tau ni? Hahaha. Kau diam-diam sudah." balas Farizal.


Farizal dan Hanif meronda sambil mencatat laporan pengawas sambil memerhatikan pengawas lain ada di tempat bertugas masing-masing ataupun tidak. "Angkat! Jatuh!" arah Qistina kepada semua murid kelas 1A supaya beratur dengan lurus. Dan ketika itu juga Qistina terlihatkan Farizal di belakang barisan murid lelaki sambil tersenyum ke arahnya. Qistina tersenyum hambar kepada Farizal sebelum memberikan jelingan maut lalu beredar setelah tugasannya selesai. "Amboi, menjeling pula dia! Karang juling mata tu baru tahu." sakat Hanif kepada Qistina. Namun senyuman sentiasa mekar di bibir Farizal.


"Hai Farizal!" sapa Marini apabila bertembung dengan Farizal di dalam kelas. Namun Farizal hanya melambaikan tangannya sambil sibuk menyiapkan karangan yang perlu dihantar dengan segera kepada Cikgu Julia sebelum dia dimarahi akibat lewat menghantar kerja sekolahnya. "Haa.. Ni tak siap homework ni mesti berangan malam tadikan? Dah angau kat Qistina lah tu?" sakat Hanif kepada Farizal. "Hei, kau! Kan aku suruh kau diam-diam je. Karang ada orang dengar susahlah aku nanti. Hehehe. Apa kau merepek ni? Mana ada aku angau. Kau tu yang angau adalah." jawab Farizal. "Aku angau? Hmm.. Adalah sikit. Hehehe. Syaza tu cunlah. Lesung pipi dia menambahkan lagi keayuan dia. Pandai pula tu. Sapa tak suka beb! Tapi dia tu garanglah dengan aku. Taulah ramai peminat. Jual mahal betul." kata Hanif. "Haha! Kesiannya kau." ejek Farizal. "Eleh, kau tu pun apa kurangnya dengan aku? Qiss langsung tak pandang kaulah. Qiss tu pun sama je perangai dengan Syaza tu. Dua-dua garang macam harimau tapi muka macam kucing parsi. Haish. Sob sob." tambah Hanif lagi. "Alah, yeke? Ni yang best ni!" kata Farizal sambil tersenyum.


"Syaza? Qistina? Tu kan budak darjah 5A? Kenapa Hanif dengan Farizal cakap pasal dorang pula? Macam ada yang tak kena aje? Tah tah Farizal dah suka kat Qiss kot? Oh no! Tak boleh jadi ni. Aku yang senior ni pun tak dapat Farizal ni kan dia yang budak junior tu? Pleaselah! Aku kena siasat ni." bisik Marini apabila terdengar perbualan Hanif dan Farizal. Marini adalah rakan sekelas Hanif dan Farizal. Mereka berkawan rapat namun dalam diam dia turut meminati Farizal sama seperti peminatnya yang lain.


"Hai kak Qiss! Hai kak Syaza! Cantiklah kak Qiss ni. Patutlah abang Icah suka kat kakak." sapa seorang gadis comel kepada Qistina dan Syaza yang sedang menuggu van sekolah di perhentian bas. "Hai budak comel!" balas mereka serentak sambil mencubit pipi Farisha yang mirip muka Farizal. "Apa Icah cakap tadi? Abang Farizal suka kat kak Qiss?" tanya Syaza. "A'ah. Semalam abang tanya Icah, kenal tak dengan kak Qiss? Icah cakaplah Icah rapat dengan kak Qiss. Pastu abang kirim salam dekat kak Qiss. Yeay! Nanti kak Qiss jadi kakak ipar Icah mesti bestkan?" beritahu Icah dengan gembira. Syaza memandang Qistina dengan muka kagum. "Apalah Icah ni. Abang Icah tu bergurau aje lah. Dia main-main aje." bangkang Qistina. "Eleh kau. Sukalah tu! Tengok, muka dah blushing! Hahaha." balas Syaza. "Abang mana ada main-main. Icah tahulah kak Qiss. Nak tahu tak? Abangkan asyik tersenyum aje kat rumah. Pastu asyik duduk kat dalam bilik je. Kalau tak dia asyik nak buli Icah aje. Sampai mama pun pelik dengan dia. Hahaha!" beritahu Icah lagi. "Wahhh! Boleh jadi cerita hot ni. Tahniah Qiss! Tahniah!" kata Syaza dengan penuh semangat. "Hoi, kau tak payah nak jual cerita aku eh! Siap kau kalau geng kita tahu." jawab Qistina. "Eleh, poyolah tu!" kata Syaza lagi. "Kak Qiss! Kak Qiss tak jawab lagi salam abang. Dosa tau tak jawab salam." beritahu Icah kepada Qistina. "Oh, tak jawab lagi eh?" ujar Qistina sambil membuat muka blur. "Iyalah kak Qiss! Cepatlah jawab." arah Icah. "Ok, waalaikumussalam." Qistina menjawab salam Farizal. "Hah, camtulah! Nanti Icah cakap kak Qiss kirim salam kat abang pula eh? Hehe. Eh, mama dah sampai! Icah balik dulu! Babai!" kata Icah sambil berlari ke arah kereta Honda Accord mamanya. Farizal segera mendapatkan adiknya sambil tersenyum pada Qistina. "Eh, Icah janganlah buat camtu!" jerit Qistina pada Icah yang sedang berlari mendapatkan abangnya. "Abang, kak Qiss kirim salam." beritahu Farisha kepada Farizal. Farizal tersenyum lebar lalu menoleh ke Qistina dan.. "Waalaikumussalam Qistina!" jerit Farizal. Serta merta semua pelajar yang berada di perhentian bas menoleh ke arah Qistina. Qistina yang kaku dengan mata yang terbeliak segera menutup mukanya dengan beg sekolah. Syaza hanya ketawa berdekah-dekah melihat tingkah sahabatnya itu. Mereka pulang setelah van sekolah tiba. Marini dan rakan-rakannya yang berada berhampiran memerhatikan mereka dengan hati yang panas.

cerita budak sekolah (part 1)


"Perhatian! Cikgu Nik suruh kita semua pergi ke bilik muzik sekarang dan jangan lupa bawa sekali buku muzik serta rekorder." arah penolong ketua kelas 5A, Nur Sofia yang sememangnya seorang yang gila kuasa di kelasnya. Nur Sofia popular di kalangan rakan sedarjahnya disebabkan dia lahir daripada keluarga yang kaya raya. Namun, dia seorang gadis yang baik hati dan bijak. "Girls and boys, beratur dulu ok!" arahnya lagi. "Poyo betulah minah ni. Sekali aku lesing, menangis." kata Hanif, budak lelaki yang sememangnya meluat dengan perangai Nur Sofia yang suka mengarah-arah. "Hei, menjawab eh, menjawab! Aku report kat cikgu karang baru tahu." marah Nur Sofia. "Piiiraahhh!" balas Hanif.


"Anak-anak, hari ini saya mahu kamu belajar bermain alat-alat muzik selain daripada rekorder. Kamu boleh bermain apa sahaja alat muzik yang ada di sini tetapi sila letakkan semula ke tempat asal setelah selesai bermain ya. Sambil itu, kamu boleh lihat abang-abang kamu ini berlatih nasyid." ujar Cikgu Nik Hanis, guru muzik SK MURNI. "Wah, hebat sungguh abang Zariq main gendangkan Qiss." kata Syaza. Nurul Syaza dan Qistina adalah kawan baik sejak mereka dari darjah satu lagi. Mereka sentiasa berada di kelas yang sama. Malah perangai mereka yang gila gila dan sekepala pun hampir sama. "Eleh, aku main lagi hebat! Kau tak tengok lagi." kata Qistina. "Menggelabahlah kau." balas Syaza. Mereka ralit melihat kumpulan nasyid Amirul Mukminin yang merupakan kumpulan nasyid sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat kebangsaan. Kumpulan nasyid Amirul Mukminin diketuai oleh Fariz Syafwan dan dianggotai oleh Zariq Aiman, Haizul Fikri, Muhammad Farizal, Irfan Hairi dan Nazrikhan. Mereka semua adalah senior di sekolah dan sangat popular. Nama kumpulan mereka juga semakin dikenali oleh masyarakat sejak kelahiran album sulung mereka mendapat sambutan ramai.


Tanpa disedari, Qistina terpaku melihat Farizal berlatih bermain gendang. Dan kemudian setelah 30 minit berlalu, mata mereka bertemu buat pertama kalinya. Farizal terpana. Begitu juga dengan Qistina. Lama mereka saling berpandangan. Kalau nak dikira-kira adalah dalam 5 minit. "Hoi! Kau berangan eh? Ingat kat Ayob ke?" teguran Syaza menyebabkan Qistina berpaling ke arah lain. Namun, Farizal tidak berpaling dari melihat Qistina. "Mana ada! Kau ni." balas Qistina. Ayob adalah penjaga sekolah agama mereka yang mempunyai masalah down sidrom tetapi seorang yang boleh diharap. "Alahai. . Kacau betullah minah ni. Wah, handsomenya abang Farizal! Dia pandang akulah! Wah, hebat kau Qiss! Hahaha. Cairlah pula aku. Hihi." ujar Qistina di dalam hati. "Siapa perempuan comel tu? Rasa macam pernah kenal je. Hmm. Boleh tahan. Kihkihkih." bisik Farizal sambil tersenyum ke arah Qistina.


"Wei minah, makanlah slow-slow. Teruklah kau. Malu pula aku tengok kau makan macam ni." tegur Syaza kepada Qistina yang sememangnya mempunyai hobi makan. Qistina bertuah kerana dikurniakan tubuh yang sihat dan tidak gemuk walaupun kuat makan. "Alah, bising betullah kau ni. Buat terbantut selera aku aje." kata Qistina. "Eh, tadikan kau perasan tak?" soal Syaza. "Tak!" jawab Qistina. "Hei budak ni. Tadi aku tengok bukan main lama si Farizal tu pandang kau. Dah macam nak telan kau pun ada. Hai, korang ni ada apa-apa kah?" hampir tersembur nasi yang ada di dalam mulut Qistina setelah mendengar kata-kata bernas sahabatnya itu. "Hah?! Kau nampak?" kata-kata yang terucap di bibir Qistina antara dengar atau tak. "Assalamualaikum. Hei korang ni, makan tak ajak aku." sapaan Aqil mengejutkan mereka. "Hai Qiss, kau dah melahap dulu ke? Sampainya hatimu! Tak tunggu aku pun." sampuk Irfah sambil meletakkan makanannya di atas meja kantin. "Alah, macam korang tak kenal dengan minah ni. Jumpa makanan macam tak makan setahun." kata Syaza. "A'ahlah. Apalah Qiss ni." kata Farah pula. Mereka adalah rakan sekelas Qistina dan Syaza. Kira ni group doranglah juga. Aqil memang selalu lepak dengan mereka. Mungkin disebabkan perangai Aqil yang lembut membuatkan dia lebih selesa bersama group ini. "Wei wei, tadi korang nampak tak abang-abang Amirul Mukminin? Wah, kenapalah mereka tu handsome sangat eh? Tapi dalam ramai-ramai tu aku paling suka abang Farizal. Walaweh! Comellah muka dia. Macam muka artis korea!" beritahu Farah yang merupakan salah seorang peminat tegar Muhammad Farizal. "Eii, tak malu! Farizal tu aku punya eh. Kau pilih yang lain okey!" balas Irfah pula. "Dah dah dah!  jangan nak menggatal kat sini eh. Karang asyik bergaduh berebut laki tak pasal-pasal lewat pergi bertugas." marah Aqil terhadap perangai rakan-rakannya. "Eleh, Aqil jelouslah tu sebab tak hot macam abang Farizal." kata Farah kepada Aqil. "Jelous? Tolonglah! Tak ada maknanya. Wekkk!" balas Aqil sambil menjelir lidah kepada Farah. "Alah, kita orang gurau jelah. Takkanlah pasal hal kecik tu perlu sampai gaduh-gaduh? Chilllah! Kitakan bff!" kata Irfah kepada sahabat-sahabatnya. "Hah, betul betul betul!" jawab mereka serentak ala-ala upin dan ipin. "Oklah beb. Cau cincau dulu. Aku dengan Syaza pergi dulu. Karang lambat tak pasal-pasal nama aku ada dalam buku laporan." kata Qistina kepada sahabat-sahabatnya. "Ok, bye Syaza. Bye Qistina. Semoga kita berjumpa lagi!" kata Farah. "Hoi, kita orang nak pergi mana je pun! Kau ni. Cepatlah makan. Karang tak ada orang jaga PSS tu." ujar Syaza. "Hehehe. Yelah yelah." jawab Farah. Mereka sekumpulan masing-masing mempunyai jawatan di sekolah. Syaza, Aqil dan Qistina merupakan pengawas sekolah manakala Irfah dan Farah adalah pengawas pusat sumber. Walaupun demikian, perangai mereka teramatlah nakal di sekolah. Pernah suatu ketika mereka dipanggil oleh guru besar, Pn. Sabariah ke pejabatnya.


Suatu petang...


"Yeay, hujan! Tak ada koko! Yahooo!" bergema sorakkan gembira pelajar kelas 5A. "Wei, petang ni lawan bola nak?" tanya Muhaimin kepada rakan-rakannya. "Hai, cepatnya mata dan telinga kau ni rosakkan? Kau tak nampak ke tu hujan punyalah lebat macam tak ada tanda-tanda nak berhenti. Punyalah kuat bunyi hujan ni kau tak dengar ke Amin woi?" balas Asyraff. "Aku taulah. Tetapi.. Nak tak kita main dalam hujan? Woo.. Best tuh! Jomlah!" cadang Muhaimin. "Kau ni tak takut kene pancung ke? Karang satgi cikgu nampak tak ke nanya?" beritahu Fahrin. "Alah, petang ni kan tak ada koko, mestilah cikgu-cikgu ramai yang dah balik." kata Muhaimin lagi. "Hmm.. Tengoklah macam mana." ujar Asyraff.


"Qiss! Kau nampak tak apa yang aku nampak? Ke aku sorang je yang nampak ni?" kata Irfah kepada Qistina. "Ya, aku pun nampak." balas Qistina yang masih terkejut. "Wahhhh.. Bestnya!!!" teruja Syaza. "Apa lagi? Jomlah join dorang!!!" jerit Qistina sambil berlari meredah hujan yang masih belum reda sejak tengah hari tadi. "Woahhh!! Bestnya main hujan." jerit Farah sekuat hati. Mereka berlari ke arah Muhaimin and the gang yang sedang leka bermain bola dan turut menyertai mereka. Kini Muhaimin and the gang tidak lagi bermain bola sepak tetapi bertukar kepada bermain bola beracun atas cadangan Syaza. Sekumpulan sahabat itu kelihatan begitu gembira sekali tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Bagaikan padang sekolah SK MURNI itu adalah milik mutlak mereka. Tanpa mereka sedari, sepasang mata asyik melihat gelagat mereka di atas padang. Dan keesokkan harinya, kesemua tertuduh yang disyaki bergembira pada waktu kejadian, dipanggil ke pejabat Pn. Sabariah dan dijatuhkan hukuman membersihkan ke semua tandas yang ada di sekolah itu walaupun ada gelintir mereka mengalami selsema teruk. Namun, peristiwa itu tidak mematahkan semangat untuk kekal dengan sifat  kenakalan yang sememangnya sebati dengan diri mereka.

tips penjagaan wajah

dee yakin pasti semua org nakkan muka yg cantik berseri2 baik perempuan mahupun lelaki kan? kan? kan? haaa... dee ada sikit tips yg dee nk kongsi ni. tp, dee xde lah lawa mane pun. just dee slalu paktikkan setiap hari jee.. tp, kdg2, dee mls juga nk jaga muka ni. hahahaha. last2, muka dee naik jerawat. haish! xsuka betol.



1: CUCI MUKA sekurang2nya 3 kali sehari, pagi, tgh hari, mlm. tetapi, bagi muka yg berminyak mcm muka dee, dee  akan cuci muka 6 kali sehari. haaa. bykkan? dee cuci muka setiap kali dee nk ambil wudhuk sembahyang.   kalau kalian paktikkan, insyaAllah muka anda akan kelihatan berseri saja. cheeeehhhh. hahaha. yg lg 1 kali tu dee cuci muka sebelum nk tido. ingat! walau penat cmne pun hang, jgn lupa cuci muka sebelum tido. haaaa.. tp, ikut kesesuaian kulit muka anda lah. ada yg cuci 4 kali sehari, ada yg 2 kali je sehari.



cuci muka anda yeeee!
2: GUNAKAN PRODUK YG SESUAI DGN KULIT ANDA. haaa.. dee nk kongsi dgn anda semua, dulu muka dee xada jerawat, tp kalau setakat satu dua tu adalah, tp time umur dee 11 tahun, muka jd teruk maybe sbb perubahan hormon. hmm.. start tu dee mulalah da mcm cacing kene bakar. yelah, muka ada jerawat ohhh! jatuhlah saham beta. hehehe. then, dee pegi jumpa doktor. doktor tu pun suggest lah satu produk ni kt dee. dee pun dgn bersemangatnya trylah produk tu. last2, tambah terok derr. hergh! tension uhh. start tu dee try pakai mcm2 produk. and finally.. selama bertahun2 menderita, chesss. hahaha. dee trylah satu produk buatan malaysia namanya spirullina. 1st time pakai, pergh, sakit dollll. xley kne air kt muka langsung! rasa mcm kne api. woooo. sakit. tp dee tahan jgklah. dee pakai 2minggu. time tu, dee nk masuk form2. time 1st day start skula, semua org pandang dee mcm dee ni budak baru je. kwn2 dee semuanya terkejut tengok muka baru dee. mereka kata, "weyh, mana peginya jerawat kau????" HAHAHA. dee pun xperasan sebenarnya muka dee lepas pakai produk tu, dee xtengok cermin sbb da xsanggup nk tengok muka sendiri. ishk3. semua kwn2 dee terkejut sesgt. mereka asyik tanya produk apa dee pakai. heheh. muka dee blushing je tau. kahkah. mmg betul, muka dee xada jerawat daa.. dan yg paling bangga sekali, seorg boy yg juga kwn baik dee cakap dee cantik face to face. act, dee ada hati kt dia. kahkah. tp sampai skrg dia xtahu pun. tu yg kembang semangkuk tu. hahaha. tp skrg dee da tuka produk sbb spirullina tu terhad sgt. ssh nk cari. tp sesgt bagus! dee pakai produk NDZ. produk tu pun sama hebatnya. sesuai utk semua jenis kulit. yg berjerawat, yg berjeragat pun boley pakai. nk putihkan muka pun boley. produk tu hanya ada pencuci muka n cream je. harga satu set rm67. haa. ni produk org kita jgk. halal dan bersih. :)



3: BERSELAWAT. ok! setiap kali anda nk pakai apa2 pun kt muka tu, jgn lupa niat dan selawat ke atas nabi. insyaAllah. moga2 wajah anda disinari nur. :)



4: JGN TERLALU TERDEDAH DGN CAHAYA MATAHARI. ni kira mcm puteri lilin. mcm bonda dee lah ni. bonda dee xsuka lgsg muka beliau terkena matahari. tp, bonda dee slalu bising sbb dee slalu xpakai payung ble nk kuar ruma. eee.. nk pegang payung? mcm.... gugurl sgtlah. time hujan jelah kan. mmg betul. xbagus kalau kulit kita sering terdedah dgn cahaya matahari. so, jgn lupa pakai sunblok time nk kluar kay!



ok. daaa!

<3

penulis novel

apakah cita2 tuan hamba? hmm.. kalau nak tau, beta ada byk cita2.. nk tau x? cita2 sebenar dee adalah aircraft engineering. dee teringin jgk nk jd pilot. tp.. ukur baju di badan sendirilah cik muda oii. dee ni xlyk sbb, xcukup tinngi, tp xbermakna pendek ok! hehe. dan dee ni rabun jauh lah. Dee teringin sesgt nk jd penulis novel. tp tu keje part time je lahh. huhu. dee da ada idea da nk wt cita apa. tp, xtau lahhh nk cita cmne? muahehehe. nnt ada masa, dee akan wt cerpen pendek kt blog dee ehh. jgnlah mrh pulak kalau cita dee tu xbest. dee just nk testing power je. kihkihkih.
okok. gtg!
<3

its all bout me


haaa. inilah saya! theeeeeeee.
Assalamualaikum. Hai korg! Apa cer? Sehat? ;-) ni ha, dee nk story mory sikit psl diri beta ni. Hehe. Berangan nk jd ank raja la plk. Kihkih. XD first of all, dee ni gurl tau. Apa? Ingt boys je ke ada nama dee? 'dee' tu just nick name kita je. Nama kita Norra Dilla. Opss. Act nama tu bkn nama sebenar. Hehe. So, panggil kita dee je eh. Nama tu da lme melekat sejak darjah 5 lg. Haa. Bff dee pun ada nama mcm dee jgk tau. Antaranya E, Tyy, Bie, Fan, Syei. Haa. Pendekkan? Senang nk menjerit pggl mereka. Sekali lafaz je. Kihkih. XD mereka sume tu adalah bff dee dr form 2 lg. Tp yg si e, tyy, bie tu kami berkawan dr darjah 4 lg. Si fan ngn syei tu anggota baru. Hehe. Act, ada lg anggota bff kami. Wani , nani n amalina. Tp mereka da pinda skula, sorg masuk mrsm, dua org lg masuk teknik. So, da jarang2 contact. Sedey ohhh.



ni lah bff dee!
Haa. Tu cita psl kengkawan dee. Ni nk cita la ni psl dee. Hehe.



1: dee ni ada ramai sesangat kwn. Baik di skula lme, smktj2 mahu pun skula baru dee di smkbbst. Tp major gurls lah kwn2 dee. Kt smkbbst yg jd bff dee adalah wawa gebu, peah cuk, shafnie, meera saif. Haa. Mereka ni gila2 punya kwn tau. Hahaha.



2: Dee ni pemalu tau. Tp bila dee da rpt ngn org tu, dee akn mulalah perangai gila ni. Eh, bkn gila eh. Sorry sikit. Xwaras je. Hehe. Haa. Sbb tu dee xramai kwn dgn boys. Tp kalau dee da rapat dgn boy tu kira untunglah si jejaka tu. Bkn senang dee nk keluarkan suara utk lelaki. Mahal tau suara i ni. Chisss. Poyolah plk beta ni.



3: dee minat gila dgn kpop! Haaa. Sape yg minat kpop tu sila angkat tgn. Jom kita sharing2 psl kpop. :-D



Waduh, artis mereka muka hot2 duh. Hensem plus comel gila. Jeles beta tau!XD teringin nk kawin dgn mereka plk. Kahkah. Heiii kau gila kah dee? Nk kawin dgn org yg xada agama. Ishk3.



» dee slalu sesangat tgk movie korea. Sejak jd pengangur smbil tggu result spm ni mmg everydaylah dee tgk cita korea. Dee da tgk cita you're my pet, paradise kiss, 100 days with mr arrogant, 200pound beauty, naked kitchen, 1liter of tears, dan yg paling sedih skali cita daisy. Ishk, cita tu mmg menyentuh hati beta lahh! Best uh cita tu! Da byk kali asyk ulang cita tu. Besttttt!



» dee pun tgk drama korea jgk tau. Tp dee tgk cita yg hot n dpt rating 4 or 5 bintang je. Nk tgk sume? Aii. Alamatnya xtergeraklah dee nk wt keje lain. Krg xpsl2 xada mk ck2 yg nk wt dee menantu. Heee. Xmo xmo! Drama yg dee da tgk tersgtlah byk. Tp yg fav skali cita he's beautiful! Cita tu klaka gila. Dah la comel. Heiii, geram betol tgk mereka. HAHA. Gatai. XD lg cita bof pun besttttt gila! Waduh cita tu mamat2 dia muka xley bla! Hensem nk mampos! HAHAHA. betolkan? Betolkan? Sape yg kate xhensem tu mmg mata dia da rosaklah tu. Hehehe.



sukasuka!
sukasukajuga!
» selain daripada itu, cheehh. Ayat bm ohhh. Hehe. Dee lyn lagu2 korea jgk. Dee paling suke suki kumpulan 2pm. Dee minat gila kt si nickhun tu. Muka dia. . . Alahai, comel sesangat! Dah tu, gentle plk tu. Beta suke sesangat dia dgn si victoria fx tu. Sooo sweett. Jeles beta! Tp sygnya mereka da tamat kontrak dgn wgm. Sedey uh. Asallah xkawin betol2 jerrr. Haiii. Nickhun tu tggu aku la tu. Kahkah. XD kalau artis korea ni dee mmg byklah minat. Suju, snsd, fx, davinci, secret, sistar. Lg, hei byk sgtlah. Tp apa wt dee rasa curiga adalah persembahan mereka. Major penyanyi korea ni suka bebenor menari sambil nyanyi. Yg mnjadi keraguan dee adalah suara mereka. Mmg ada penyanyi yg mmg betol2 nyanyi n suara mereka sgtlah merdu. Tp dee rasa ada segelintir yg fake. Opss sorrylah. Ni just pendapat dee je. Xde lah. Mereka tu menari bagai nk rak, suara pun mestilah da xselantang n termengah2. Tp time mereka wt show mcm sumenye perfect. But, i dunt think so. Tp, da minat punya psl , terima je lahh cara mereka tu. Hehe. Dee suka tiru gaya mereka menari. <3 boley kuruskan bdn ohh. Tp dee xadalah tiru gaya menari yg overdos. Gelilah menari over2 ni. Mcm gedik je. HAHA.



4: haaa, salah satu hobi dee selain yg tertera di atas adalah membaca novel. :-D heiii, sukalah bce novel ni. Bestt! Tp dee xadalah byk koleksi novel ni. Dee byk pinjam kengkawan je. Dee slalu pinjam novel kt teah. Dia tu, byk gilalah koleksi novel! Dia pernah bgtau dee yg dia nk buka library novel kt ruma dia. Hai, mmg syoklah! Save bajet dee. HAHA. ibu dee ni xsuka dee beli novel, tu yg dee xbyk sgt novel tu. So sad. Hmm. Novel fav dee adalah andai itu takdirnya. Bagaklah cita tuh. Sedey bai. Dee kasi novel tu 5 bintang! Tahniah2! Hehe. Dee da bce byk novel. Tp major dee bce yg klaka2lah. Dee suka kalau penulis dia siti nur dhurah. Cita dia klaka gila. Dee bce novel dia gelak berdekah2 sorg2 mcm org sakit mental je. HAHA. Mmg terbaiklahh! ;-)

best uhhhh!


Haa! Ni lah serba sedikit psl diri beta. :-) kalau nk tau lg byk, meh lah berkawan dgn beta. Heee. Panjang bebenor dee membebel eh? Mengantokkah? HAHA. Kasihannnn. XD



ok. Gtg! Daaa.



<3